Wednesday 15 May 2013

Alhamdulillah..setelah 19 tahun di sekolah rendah, Allah telah membuka jalan bagi saya untuk mencapai cita-cita saya sebagai seoang pensyarah Bahasa Inggeris . Walaupun 19 tahun tu lama jangkamasanya , namun hanya 2 buah sekolah sahaja yang menerima khidmat saya dan kedua-duanya sekolah kategori luar bandar .
Pensyarah , gah bunyi jawatannya . Hebat . Namun begitu , itu hanyalah satu jawatan ....di sebalik jawatan yang dikagumi itu , jawatan yang mampu membina tembok dalam diri manusia , pensyarah itu ialah seorang guru , tak lebih , tak kurang . Pensyarah tetap mengajar , cuma muridnya sahaja yang berlainan . Dulu mengajar kanak-kanak, kini mengajar bakal guru .

Mengapa IPG ?

Tak kurang dari kalangan para sahabat handai dan saudara mara yang bertanyakan soalan tu ..jawapan saya mudah : Saya mahu memperjuangkan nasib murid-murid luar bandar . 

Sebelum pergi lebih jauh , saksikan video ini



            Para guru yang mahu ke luar bandar mesti mempunyai beberapa sifat yang terpuji kerana kehadirannya ke kawasan luar bandar amat di nantikan oleh murid-murid, para pentadbir sekolah, masyarakat kampung dan para guru di sekolah tersebut . Mengapa ? Tahukah para pembaca sekalian betapa beberapa orang insan guru yang dihantar ke sekolah-sekolah luar bandar telah menggunakan apa sahaja 'kabel' yang mereka ada untuk mengelakkan diri dari dihantar ke sana ? Alasannya jauh dari rumah dan keluarga . Kalau alasan ini dari guru yang senior yang naik pangkat , ianya dapat diterima. Tapi jika alasan ini dari seorang guru baru yang posting pertamamya ke kawasan luar bandar , alasan ini tidak dapat diterima. Guru muda yang masih belum berkahwin ialah calon yang terbaik untuk tugas ini . Pergilah...lihatlah dunia luar ..belajarlah bahasa , budaya dan cara hidup masyarakat yang lain dari masyarakat anda sendiri .Di sinilah tugas saya sebagai pensyarah bermula. Saya ingin membentuk para guru yang mempunyai semangat dan jati diri yang kuat dan mampu berdikari . Guru yang bersikap 1 Malaysia dan buknnya perkauman . Guru yang tidak berkira kederat , masa dan wang ringgit kerana di kawasan luar bandar , terkadang-kala , itulah yang diperlukan dari seorang guru .

            Janganlah dibandingkan dengan kawasan bandar , yang pusat tuisyennya bersepah-sepah . Kawasan luar bandar yang mempunyai pusat tuisyen amatlah kurang serta bayaran yang dikenakan juga agak tinggi . Apa yang mampu kita lakukan ? Jawapannya , KITAlah guru sekolah DAN tuisyen .
          
            Saya juga ingin berkongsi segala kisah manis dan pahit saya di sekolah-sekolah luar bandar bagi menimbulkan kesedaran para pelajar bahawa selain menolong masyarakat setempat mereka sebenarnyamenolong diri mereka sendiri dengan berkhidmat di sana . Diharap para pelajar saya akan bersetuju ke sana sekiranya terpilih dan bukannya berjumpa dengan mana-mana orang politik ataupun pegawai-pegawai berkedudukan tinggi yang lain untuk mengubah arahan penempatan mereka .
          
            Semoga saya berjaya dalam misi saya .