Thursday 16 May 2024

Be thankful

Assalammualaikum and Hi everyone...

    Manusia itu kebiasannya suka menyatakan apa yang dirasa dalam apa jua situasi. Amatlah sukar untuk kita mengawal diri kita untuk tidak berkata-kata.


Kerana itulah kita dinasihatkan agar menjadi seorang yang sentiasa bersyukur , tidak kira di mana dan dalam apa jua situasi. Apabila kita tidak bersyukur, akan datang satu lagi sifat keji yang wajib kita hindari iaitu "judgemental " ataupun perangai suka menilai orang lain. Dua sifat yang keji ini jika dibiarkan akan melahrkan satu lagi sifat keji yang menjadi kemuncak segala yang tidak baik yang akan menidakkan kita ke syurga iaitu Sombong . Dengan adanya sifat sombong , tertutuplah pintu syurga bagi kita kerana dalam satu hadis riwayat Muslim , Rasulullah telah menyatakan "Tidak masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat sombong walau seberat debu ". 

    Wajiblah kita berusaha mengikis sifat-sifat negatif ini sebelum ianya menjadi lebih teruk dan menghalang kita dari tinggal di syurga. Semoga Allah membantu kita sentiasa. 







No comments:

Post a Comment