Here are 5 (for now) application tools in education that you can use in your assignment. Give it a Look-See .
1. ISSUU – create your own books
Issuu ialah satu
platform penerbitan digital
yang terulung untuk
menyampaikan pengalaman pembacaan majalah, katalog dan surat khabar yang luar biasa.
Berjuta-juta orang telah
memuat naik penerbitan
terbaik mereka untuk
membina edisi digital yang menarik. Anda hanya perlu memuat naik
dokumen anda dan terus boleh melakukan
penerbitan dengan cepat. Ataupun anda
boleh mengunakan Issuu untuk membina perpustakaan peribadi penerbit
kesukaan anda dan
melanggan bahan daripada
penerbit-penerbit yang ulung.
2. My e-book
Myebook direka untuk mengubah cara buku-buku baharu
diterbitkan dalam rangkaian internet.
Myebook ialah satu penyelesaian semua dalam satu untuk penerbitan,
rekaan dan perkongsian
buku-buku dalam talian.
Ia dibina berasaskan aplikasi rangkaian sosial yang
mempunyai ciri-ciri bernilai. Oleh itu
e-buku ialah salah satu cara yang paling mudah untuk menerbitkan buku
anda dan
menghebahkannya. E-buku lebih
mudah untuk diterbitkan
berbanding dengan buku
bercetak. Myebook direka
supaya mudah digunakan
oleh sesiapa sahaja
untuk menerbitkan e-buku
dalam internet. Aplikasi
ini boleh digunakan
untuk menerbitkan secara
percuma seberapa banyak
buku yang anda
inginkan. Antara muka
Myebook yang mudah
dan menarik menjadikannya
senang digunakan untuk
menerbitkan buku. Ia
sesuai untuk hampir semua bentuk buku sama ada majalah,
album gambar, brosur, risalah, buku
panduan atau buku kanak-kanak.
3. Prezi
Prezi berfungsi
sama seperti Power
Point, tetapi mempunyai
ciri-ciri yang lebih
canggih dan menarik.
Persembahan melalui Prezi
dibina pada ‘kanvas’
dan bukannya slaid.
Ini memudahkan penyampai
untuk memberi tumpuan
terhadap penggabungan teks, imej dan multimedia. Item-item di atas kanvas
boleh diheret, disengetkan dan dizum agar kelihatan lebih menarik. Satu
‘jalan
cerita persembahan’
boleh dibuat antara
elemen yang berbeza
pada pentas untuk membina
animasi.
4. Wordpress
WordPress ialah satu
alat penerbitan percuma
dalam talian. Ia
merupakan satu perisian
berasaskan web yang
membolehkan sesiapa sahaja
membina serta menyelenggarakan
atau menyunting laman web atau blog. Pada asalnya, tujuan Wordpress
adalah sebagai satu
cara mudah untuk
membina blog http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress
5. Glogster
Glog dibina menggunakan
antara muka tarik dan
lepas yang sangat
mudah difahami, sesuai,
menyeronokkan untuk pelajar dari semua peringkat usia dan gaya
pembelajaran. Glog ialah
suatu platform visual
interaktif yang membolehkan pengguna membuat “poster atau laman
web” yang mempunyai elemen-elemen
multimedia seperti teks, audio, video, imej, grafik, lukisan dan data
( Taken from 40 aplikasi terpilih web 2.0 by Mohamed Amin Embi )