Saturday 20 September 2014

elemen-elemen di bawah radar jemaah nazir

     
        Semasa sessi praktikum unit J di Taiping baru-baru ni , saya ada menerima lapuran peribadi dari seorang penolong kanan di salah sebuah sekolah yang menerima guru pelatih IPG Kampus Ipoh mengatakan bahawa ada guru pelatih kita yg menanda buku murid secara holistik.... iaitu satu tanda betul yg besar diikuti dgn tandatangan pendek ( initial ) . Ini ialah satu  kesalahan ......
        Ketahuilah kamu bahawa semasa menanda buku murid di sekolah, ada beberapa elemen yg wajib kita ikuti ...

1. Penilaian
Kerja murid mesti ada tanda salah / betul .... jangan
 tanda dengan satu tanda betul yg besar utk semua soalan.

2. Pembetulan
Semua kerja yg kita tanda tu bila ada salahnya ,  kita wajib betulkan ... jgn tanda salah sahaja... berikan jawapannya .

3. Kemaskini
Selepas ditanda , tuliskan tarikh supaya kita tahu bila kerja itu disemak .

4. Etika
Kita mesti bertanggungjawab di atas semakan yg kita
buat dengan menurunkan tandatangan pendek ( initial )
supaya dapat di kenali penyemaknya .

5.pengiktirafan
Berilah maklumbalas pada kerja murid seperti ...A...B...Good         ....Baik .....dsbnya.


Ada tanda salah ...ada Pembetulan. .. tarikh dan tandatangan pendek ....


Ditanda SETIAP satu ...ada tandatangan pendek , tarikh dan pengiktirafan A ..



No comments:

Post a Comment